Monday, November 05, 2012

Temuduga Tertutup Sebagai Calon Jenazah

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia



Temuduga sebagai " Calon Jenazah "
Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian


Kekosongan Jawatan:
1. Ahli Syurga Dari Awal.
2. Ahli Neraka Dari Awal.
3. Ahli Neraka Sementara .. Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

Empat Ganjaran Lumayan (Khas Untuk Jawatan 1)

1. Nikmat Kubur.
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga Yang Kekal Abadi.

Tarikh Temuduga:

Bila-Bila Masa Secara Adhoc Bermula Dari Saat Membaca Iklan Ini.

Lokasi Temuduga:

Di Dalam Kubur (Alam Barzakh).

Kelayakan:

Anda Tidak Perlu Bawa Siji-Sijil,Termasuk Sijil Saham Termasuk Saham Internet.
Anda Tidak Perlu Bawa Pingat , Mercedes Mata Belalang Atau Kad Kredit.
Anda Tidak Perlu Bawa Wang Atau Harta Serta Emas Yang Anda Kumpul.
Anda Tidak Perlu Berparas Rupa Yg Cantik, Hensem Atau Berbadan Tegap Atau Seksi.
Sila Bawa Dokumen Asal Iaitu : Iman Dan Amal Serta Sedekah Jariah Sebagai Sokongan.

Panel/Penemuduga:

Mungkar Dan Nakir.

Enam Soalan Bocor:
1. Siapa Tuhan Anda?
2. Apa Agama Anda?
3. Siapa Nabi Anda?
4. Apa Kitab Anda?
5. Di Mana Kiblat Anda?
6. Siapa Saudara Anda?

Cara Memohon:

Anda Cuma Perlu Menunggu Penjemput Yang Berkaliber Untuk Menjemput Anda. Ia Akan Menjemput Anda Pada Bila-Bila Masa Saja (Mungkin Sekejap Lagi). Ia Akan Berlembut Kepada Orang-Orang. Tertentu Dan Akan Bengis Kepada Orang-Orang Tertentu. Ia Diberi Nama Izrail...


Adakah kita sudah bersedia ? Saya tidak . Iman tidak cukup didada . Amalan kebaikan tak tambah-tambahkan . Kehidupan kita di bumi ini seperti ' musafir yang sedang melintasi jalan ' 



2 Pengomen Terhebat !!:

Fendy said...

muhasabah diri....sob3

Ain Dzaya said...

semua orang pasti melalui semua nie :)

 

Copyright © 2012 Reserved to Fujiwara Asuka Design with love by Fatimah Azzarah