Friday, August 16, 2013

Wanita Solehah

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Dah 9 Syawal 1434.. Dah nak balik dah.. Asrama dah panggil rumah kata pergi.. ( aik! rumah macam nak halau je.. )


Thursday, August 15, 2013

Memories beraya bersama kawan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Ehem-ehem.. Macam mana raya ok ? Lagi berapa hari sahaja saya nak balik asrama.. Aduhh!! Malasnya tahap gaban..  Ok , pada hari Selasa jam 2 petang , saya dan kawan-kawan sekolah rendah pergi beraya ar.. Sebenarnya malu gak nak jumpa kawan-kawan. Tapi sebab rindu , pergi jugalah.. kuikui.. Diaorang kata saper yang join ni tak matang lagi.. gelak tergolek je..

First kitaorang makan dekat rumah wafii.. sedap makanan mak dia.. nasi ayam,.memandangkan kitaorang ni pemalu , so , makanlah sikit..  malu tapi kumahu..


Ini Elyu..dia sporting sangat ar dengan kitaorang.. Sampaikan dia ...... aduh ! tak bolehlah nak sambung takut dia marah.. hehe


Atikah , Nabilah.. Mereka ialah kawan baik saya. Atikah sekolah dekat SMK Tun Perak dan Nabilah SMKA Syarifah Rodziah..


Amboi Ana , pandang apa tuh sampai tersenyum-senyum ?


Sowey..gambar senget.. sila sengetkan kepala anda.. Shuhadah..





Shuhadah , Hasanah , Elyu , Nabilah , Tizah




Promosikan kuih raya makcik ??






Semoga persahabatan kekal terjalin.. Salam Ukhuwah.. 

Wednesday, August 14, 2013

Next Design Done ! Header Hasanah Johari

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulilah, dengan rahmat-NYA dapat saya bernafas sambil menaip.  Sebenarnya tempahan ni 2 hari yang lepas siap ! Tapi malas nak bagitahu kot. Al-maklumlah malas nak taip. Ok mari kita tengok ciri-ciri tempahan.Jangan risau , semua tempahan saya hanya menggunakan photoshop cs5 dan photoscape sahaja. :)

Nama Blog : Hasanah Johari
Warna : Pink

Dan hasil yang amat memuaskan. Saya rasa cantikkan header ni ? Alhamdulilah ! Customer suka ! Ouh! Sukanya saya. Terima kasih kakak !


Ok tak ?  Dia juga meminta supaya pasangkan header kedalam blog dia. Pasang ialah percuma.. Ingin memiliki ? Tempahan Blog

! Terima Kasih ! 


Monday, August 12, 2013

Berpurdah dianggap kolot ?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Apa khabar ? Sihat ? Dah top up pahala ?? Mesti korang tertanya-tanya kenapa pulak saya nak buat entri pasal ini ? Berlagak baiklah. Suka hatilah.. Jom kita renungkan.. dan selamat beramal.. = )
Ramai orang kata berpurdah itu menyusahkan. Antaralah yang selalu saya dengaar orang kata tentang pemakaian orang yang berpurdah.. = ) 


  1. " Dia pakai purdah sebab muka dia ada jerawat kot. "
  2. " Dia pakai purdah sebab dia takut muka dia kena debu.. "
  3. " Muka dia teruk itu. "
  4. " Berpurdah tak boleh nak fesyen.. "
Ini semua bukan sebab kenapa orang berpurdah pakai. Tetapi untuk mengelak daripada fitnah yang terjadi pada zaman sekarang. Tengok kan ? Sekarang kita tengok ramai orang dah  bertudung dan ada yang dah berpurdahkan ? Alhamdulilah ! 

Kenapa kamu berpurdah ? Ikhlas tak ? Ada yang sanggup mengatakan purdah itu kolot. Jangan ! kata begitu kerana ia adalah pakaian isteri Nabi.  ( insaflah orang yang berkata begitu. ) Sebelum awak nak berniqab atau berpurdah , awak fikir niat awak itu dulu.. 

Sebenarnya kenapa kita berpurdah ?? 

  1. Mungkin nak tunjuk kat orang lain..
  2. Nak tawan hati jejaka idaman ( ceh! haha )
  3. Mungkin nak dianggap sebagai wanita yang sempurna, cantik..
Andaikata ada salah satu jawapan diatas , saya ucapkan setinggi-tinggi syabas kerana nafsu telah berjaya menumpaskan iman anda ! 

Pemakaian purdah sebenarnya ingin menutup fitnah. Sekalipun berpurdah bukan ikhlas kerana Allah , sia-sia sahaja kerana penat , panas ! betul kan ?


Allah tak menilai luaran, Allah menilai dalaman kita, hati kita. Adakah hati kita sudah cukup bersih untuk bergelar sebagai seorang yang beriman, seorang yang solehah? Kalau awak tak boleh tengok orang lain bahagia, kalau awak selalu cemburukan kejayaan orang lain, itu beriman ke? Dalam diam, awak dengki tapi bila depan orang tu, awak berpura-pura baik. Kan dah tergolong dalam golongan munafik tu? Ee, taknaklah jadi orang munafik, hipokrit. Allah sangat melaknat orang-orang munafik ni. Jom kita sama-sama istighfar sepanjang masa untuk bersihkan hati kita ni dari perasaan hasad dan dengki.

Antara kelebihan-kelebihan orang yang berpurdah. :

  1. Pada hari kiamat , Allah sendiri yang akan menemui orang yang berpurdah.
  2. Di syurga Allah akan memberi 70x kali ganda kecantikan Laiba ( ketua bidadari )
  3. Allah akan meningkatkan Nur pada wajahnya 13x kali ganda daripada wajah aslinya. Subhanallah !
Subhanallah.. ! Begitu tinggi sekali darjat orang yang berpurdah. Semoga Allah memberi taufik dan hidayat kepada orang yang menulis dan membaca. 

" Orang yang menulis , membaca tidak mendapat apa-apa kecuali orang yang mengamalkannya. "
! InsyaAllah ! 


 Assalamualaikum = )
 

Copyright © 2012 Reserved to Fujiwara Asuka Design with love by Fatimah Azzarah