Tuesday, October 30, 2012

Hakikat Kebijaksanaan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Rasulullah SAW: 'Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati , sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah. ' (Riwayat at-Tirmizi)

Huraian Hadis :

1] Kita wajib menghormati sesama manusia termasuk diri sendiri , ibu bapa , anak-anak , saudara mara , sahabat serta jiran tetangga sama ada dengan berbuat baik , menjaga tutur kata ( budi bahasa ) dan baik hati atau berbaik sangka menurut kemampuan masing-masing ..

2] Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud ;' Setiap yang bernyawa pasti akan mati ', (al-Anbiya' 21:34). Oleh itu , petanda bagi orang yang mati ialah dia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya ..

3] Sebaik-baik usaha ialah bermujahadah melawan nafsu dan berusaha memperbaiki diri . Pengekangan nafsu akan menundukkan nafsu agar kita dapat mengawal tingkah laku mengikut syariat dan ketetapan Islam

4] Setiap amalan yang baik akan mempengaruhi doa yang dipohon . Ini bermakna Allah SWT tidak akan mensia-siakan doa orang yang beriman dan selalu melakukan kebajikan , begitulah hal yang sebaliknya ..




0 Pengomen Terhebat !!:

 

Copyright © 2012 Reserved to Fujiwara Asuka Design with love by Fatimah Azzarah