Monday, April 30, 2012

Aku Sebuah Blog

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia 



Setiap yang lahir pastinya akan memiliki  tarikh istimewa. Bagi diri aku , tarikh yang cukup istimewa ialah pada 15 Jun 2011. Tarikh ini telah menujukkan bahawa aku telah ditubuhkan dan dilahirkan sebagai sebuah blog. Pada permulaan , aku tidak disentuh . Aku berasa sepi tanpa kawan dan pencipta blog ini. Aku berasa sangat marah , geram , kecil hati dan juga sedih yang melanda hati aku apabila seseorang meninggalkan aku.

Tetapi , hari berganti hari . Hari aku semakin cerah dan ceria. Sedih yang melanda diriku sudah berkurangan. Tuan aku menggunakan aku sekerap yang mungkin. Dia meluahkan isi hatinya yang terpendam kepada blog , itulah yang aku impikan. Tuanku seorang yang perempuan. Dia seorang yang ceria. Setiap langkah dan masa dia akan taip didalam badan aku. Aku semakin happy ! Aku sebuah blog yang setia berbakti , mendengar coretan dan berkongsi segala perasaan yang tuan aku rasakan.

Diriku sebagai sebuah blog kian gembira pabila diriku dihias cantik dan kretif setiap masa. Setiap minggu , pasti ada sahaja perubahan pada badanku supaya kelihatan menarik dimata orang lain. Mula-mula kawan yang aku ada ialah header , footer dan banner. Dengan kegigihan dan kesungguhan yang tuan aku tunjukan ,diriku semakin maju dan berjaya. Pelbagai kisah , cerita dan konsep berlainan yang cuba diketengahkan oleh tuan aku supaya aku lebih dilihat sebagai sebuah blog yang mampu untuk maju dalam bidang ini.

Aku dapat rasakan yang aku ini sungguh beruntung kerana dimiliki oleh seorang pembuat yang bertanggungjawab.Tidak membiarkan aku sendirian lagi.Setiap hari dia pasti akan jenguk aku walaupun seminit mahupun sesaat.Namun , itu semua telah memadai bagi ku.Diri aku sebagai  sebuah blog sudah seperti kawan dengan tuan aku.Kami ibarat "sebuah komputer dengan papan kekunci dan tetikus" jika tiada papan kekunci dan tetikus bagaimana komputer ingin berfungsi seperti biasa...Begitu lah sebuah blog dengan tuan/owner dia , jika tiada yang menguruskan sesebuah blog bagaimana blog itu mampu jadi seperti blog-blog yang lainkan?..Sekian.


343 ayat

Apakah impian anda sebagai seorang blogger?

Harap dapat memuaskan hati orang lain yang berkunjung ke blog saya. Mita memang tidak boleh memihakan kepada orang lain , tetapi saya akan cuba melangkah maju kehadapan dan membuat yang terbaik dan tidak akan menyerah kalah. Moga blog ini dapat diterima 


harap diterima..

1 Pengomen Terhebat !!:

nur_za said...

gud luck..mai bce sni..hee
ceritaladiespurplegc.blogspot.com/2012/04/contest-aku-sebuah-blog-by-kamil-kahar.html

 

Copyright © 2012 Reserved to Fujiwara Asuka Design with love by Fatimah Azzarah