Sunday, April 22, 2012

Apa itu AIB ?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia 

Apa Khabar ? Saya nak cerita sikit pasal aib ?? Apa itu aib ?? Aib itu ialah maruh seseorang .. Korang semua ada maruahkan ?? Dosa jika seorang muslim itu memberitahu sahabat lain tentang aib seseorang.. Contohnya 

  •  Budak ini tidak menyiapkan kerja sekolah .Budak itu pergi ke bilik guru sekejap. Lepas itu ada seorang budak A pergi duduk ditempat itu dan melihat kerja budak itu. Then , budak A cakap kuat-kuat yang budak itu tidak menyiapkan kerja sekolah. Selepas balik dari bilik guru , guru yang sedang mengajar itu bertanya , adakah kamu menyiapkan kerja sekolah ? mesti budak itu menjawab dengan jujur tidak ! Selepas itu cikgu itu bertanya apa denda yang perlu kita beri kepada dia ?? Bermacam-macam jawapan kita terima.  Pastu budak itu mesti malukan ??  
Malulah yang dikatakan AIB ! Jika budak itu MALU , maka budak A akan mendapat dosa !  

 * Muslim diingatkan supaya menghindari melakukan perbuatan dosa dan tingkah laku yang memalukan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Iaitu, mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji, kecuali kesalahan-kesalahan kecil. Sungguh Tuhanmu Maha luas ampunan-Nya. Dia mengetahui tentang kamu, sejak Dia menjadikan kamu daripada tanah lalu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (Surah An-Nam: 32) Sebagai umat Islam yang berakhlak mereka akan sentiasa menjaga maruah dan harga diri dengan menghindari perbuatan yang boleh merosakkan akhlaknya. Allah memberi peringatan yang jelas melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta dipertanggungjawabkan.” (Surah Al’Isra’: 36) Peringatan dan ingatan ini hendaklah dijadikan panduan dalam kehidupan yang penuh cabaran ini. Kehidupan pada akhir zaman memang banyak dugaan kepada setiap orang. Hanya keimanan dan akhlak yang baik akan menjaga hati dan dirinya tidak terjebak kepada perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah dan harga diri.

* Keimanan dan akhlak mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Ini jelas daripada sabda Nabi yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Ahmad) Menurut Imam al-Ghazali, manusia itu ibarat sebatang pokok dengan akarnya ialah akidah, batangnya (kefarduan), daun-daunnya (amalan sunat), maka buah atau batangnya itulah yang dikatakan akhlak.
Sebab itulah manusia yang berakhlak dalam Islam dianggap orang yang menyempurnakan agama kerana akhlak melambangkan keindahan Islam. Daripada Abdullah ibn Umar r.a, katanya, Nabi bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya.
Tumpuan, pengajaran dan pembelajaran di sekolah juga memfokuskan kepada akhlak yang baik dan sempurna dapat ditanamkan dalam pemikiran, hati dan diri pelajar seterusnya menjauhkan mereka daripada akhlak keji yang menjatuhkan maruah dan harga diri.

* Credit : Hamba Allah 

Terima kasih.. Harap dapat memberi peringatan kepada saya dan juga kamu semua..

3 Pengomen Terhebat !!:

 

Copyright © 2012 Reserved to Fujiwara Asuka Design with love by Fatimah Azzarah