Apakah couple?kamus elektronik besta menyatakan couple bermaksud dua org@benda yang dilihat bersama.ada sesetengah ustaz dan ustazah serta yang arif mengenai soal agama memberi hukum bahawa couple adalah haram. saya setuju namun ada keharusannya apabila couple itu mengutamakan 5 faktor ini.
- Cinta kepada nabi
- Cinta kepada ibu ayah
- Cinta kepada guru(ilmu)
- Cinta kepada diri sendiri
Setelah 5 aspek ini dipasak teguh dalam jiwa, barulah kita boleh berikan cinta kita pada sesiapa yang ingin dicintai,jika lelaki tentu dia ingin mencintai dan dicintai oleh perempuan dan demikianlah sebaliknya.pada saya, dalam situasi begini tidaklah terlalu salah.
Yang salah apabila seorang lelaki dan seorang perempuan itu dilihat bagaikan belangkas hingga mencetuskan syak wasangka masyarakat dan juga perasaan syahwat yang tinggi antara mereka.apabila syahwat itu tidak terkawal lagi maka mereka pun merealitikannya dgn berpegang tangan,duduk rapat2 sebelum meraba2 dan berkucupan.seterusnya daripada adegen ini mungkin perlakuan zina akan terjadi. Jika begini sudah tentunya salah dan haram.
Tetapi andainya couple itu hanyalah sekadar mukadimah utk mengenali dan dikenali, rasa minat, ingin perhatian dan memberikan kasih sayang yang didasarkan kpd hasrat utk mencari jodoh dan berkahwin,pada saya tidak salah.BERCINTA BUKAN SATU DOSA.. bayangkan kalau anda masa dulu warga kampus tidak boleh langsung berhubung mahupun SMS dengan rakan lelaki@perempuan atas alasan berlainan jantina adalah haram,bercakap dan bergurau senda serta menyimpan rasa cinta dan ingin bercinta itu juga haram?
Bagaimana pula dengan pelajar2 kita yang mengambil kejurusan keagamaan yang berada di Jordan,makkah,yaman serta mesir yang berkahwin ketika mereka masih belajar lagi? Apakah benar2 mereka tidak mempunyai perasaan cinta dan menyerahkan segala urusan kepada pihak ketiga menguruskannya? Kebanyakan ustaz dan ustazah tidak mahu mengakui bahawa mereka juga pernah bercinta hingga bertemu jodoh dgn pasangan masing2.bercinta bukanlah salah selama mana batas-batas agama dan adatnya dijaga sungguh2.
Bercinta itu fitrah manusia, andai cinta dan kasih sayangnya dihalang sudah tentu kehidupan menjadi tempang,manusia akan menjadi zalim,keras hati terjadi.sanggupkah anda membunuh dan mematahkan hati pasangan @ kekasih anda yang sangat mencintai anda?bolehkah seseorg itu mengakui menyayangi ibu bapanya sedangkan ibu bapanya menghalang ia bercinta?
Rasulullah saw bersabda “Tanda cintakan ALLAH SWT ialah mengingati allah swt (zikrullah). Apabila ALLAH,nabi,ibu ayah,guru dan diri sendiri diberikan keutamaan,berusaha keraslah untuk dunia dan akhirat anda sebesar mana pun, insyallah anda tidak akan terpesong @ dipesongkan..Waulahualam
**jika anda ada pendapat lain sila lah beri sedikit pandangan dan komen ye :)
CrediT : Hamba Allah
1 Pengomen Terhebat !!:
Macam copy je entry ni. Sila credit kat penulis asal ok :)
Post a Comment