Friday, June 13, 2014

Majlis Qari Yasin

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Apa khabar ? masa hari tuh sekolah saya ada buat majlis lilitan serban dan kedatangan qari yasin dari pakistan. Mudir saya punya ustazlah senang cite.. Majlis ini di hadiri oleh Qari Yasin dan Ustanniji serta beberapa orang lagi.. tak kenal..

Lilitan serban untuk pelajar banin.. Untuk pelajar banat ialah Ustanniji akan lilitkan selendang kepada semua pelajar syahadah.. Bestnya.. Cemburu saya.. doakan saya cepat khatam dan syahadah tahun 2015.. Jom tengok aturcara :-

5. 00 ptg :- kedatangan ibu-ibu
5. 30 ptg :- ucapan alu-aluan daripada pengerusi
               :-Bacaan al-quran
               :- nasyid
               :- bacaan hadith
6. 00 ptg :- Bayan dari lelaki
7. 00 mlm :- Persiapan marghib
7. 45 mlm :- Bayan dari Ustanniji ( isteri Qari Yasin )
8. 45 mlm :- Penyampain ijazah dan sijil
9. 15 mlm :- Solat , makan dan bersurai.

Seronoknya! Dia orang yang dapat hadiah .. dapat hadiah niqab untuk orang yang dapat no.1 .. Nasyid terbahagi 2 kumpulan .. 1 kumpulan kecik nasyid ' lagu erti al-fatihah ' kumpulan besar pulak ' tawas salna bibismillah ' dan ' ya badrotim ' .. semua nasyid ustazah pilih saya.. pelik gak..

Keputusan imtihan saya teruk kali ni.. Menjunam turun.. dulu peratus 96% sekarang 83%.. terkejut beruk !
Al-Quran low !.. bukan saya orang pertama kena imtihan.. saya nie takut , gementar semua ada.. bila dia tebuk jer semua dah tak ingat,. Paling saya terkejut surah Waqiah saya tak dapat jawab.. Bila dah habis saya cuba ulang balik.. Alhamdulilah ! Dapat.. saya redho..

Saya kategori 1-10 juzu'.. saya dapat no.3 .. hehe.. saya redho dengan apa yang ditentukan oleh Allah..  mungkin usaha saya tak banyak.. mungkin sombong pada ilmu kononnya senang kot.. Entahlah.. mungkin ada orang tak suka dengan perangai saya.. Apapun thanks pada yang telah menyokong saya..

Lepas tuh sebelum kita orang balik ustaz tanya ' sapew nak syahadah tahun depan ? ' ramai gaklah yang angkat tangan.. ustaz kata ' amik nama diaorang nak bagi kat qari yasin supaya doakan kami ' Kawan-kawan saya kata doa qari yasin termakbul kerana beliau orang dekat dengan Allah..  Doakan kitaorang ! =) Salam nifsu syaaban

Terima Kasih

2 Pengomen Terhebat !!:

Hasanah Johari said...

Macam best je baca cerita kau dekat sana. Alhamdulilah besar dah kawan aku ni ya :3

Semoga berjaya Azzarah (:p), tak kira di sini mahupun di 'sana' :)

NJihe.am said...

Salam singgah, tahniah dalam apa jua... studioous.blogspot.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Fujiwara Asuka Design with love by Fatimah Azzarah