Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Apa khabar ? Sihat ? Dah top up pahala ?? Mesti korang tertanya-tanya kenapa pulak saya nak buat entri pasal ini ? Berlagak baiklah. Suka hatilah.. Jom kita renungkan.. dan selamat beramal.. = )
Ramai orang kata berpurdah itu menyusahkan. Antaralah yang selalu saya dengaar orang kata tentang pemakaian orang yang berpurdah.. = )
- " Dia pakai purdah sebab muka dia ada jerawat kot. "
- " Dia pakai purdah sebab dia takut muka dia kena debu.. "
- " Muka dia teruk itu. "
- " Berpurdah tak boleh nak fesyen.. "
Ini semua bukan sebab kenapa orang berpurdah pakai. Tetapi untuk mengelak daripada fitnah yang terjadi pada zaman sekarang. Tengok kan ? Sekarang kita tengok ramai orang dah bertudung dan ada yang dah berpurdahkan ? Alhamdulilah !
Kenapa kamu berpurdah ? Ikhlas tak ? Ada yang sanggup mengatakan purdah itu kolot. Jangan ! kata begitu kerana ia adalah pakaian isteri Nabi. ( insaflah orang yang berkata begitu. ) Sebelum awak nak berniqab atau berpurdah , awak fikir niat awak itu dulu..
Sebenarnya kenapa kita berpurdah ??
- Mungkin nak tunjuk kat orang lain..
- Nak tawan hati jejaka idaman ( ceh! haha )
- Mungkin nak dianggap sebagai wanita yang sempurna, cantik..
Andaikata ada salah satu jawapan diatas , saya ucapkan setinggi-tinggi syabas kerana nafsu telah berjaya menumpaskan iman anda !
Pemakaian purdah sebenarnya ingin menutup fitnah. Sekalipun berpurdah bukan ikhlas kerana Allah , sia-sia sahaja kerana penat , panas ! betul kan ?
Allah tak menilai luaran, Allah menilai dalaman kita, hati kita. Adakah hati kita sudah cukup bersih untuk bergelar sebagai seorang yang beriman, seorang yang solehah? Kalau awak tak boleh tengok orang lain bahagia, kalau awak selalu cemburukan kejayaan orang lain, itu beriman ke? Dalam diam, awak dengki tapi bila depan orang tu, awak berpura-pura baik. Kan dah tergolong dalam golongan munafik tu? Ee, taknaklah jadi orang munafik, hipokrit. Allah sangat melaknat orang-orang munafik ni. Jom kita sama-sama istighfar sepanjang masa untuk bersihkan hati kita ni dari perasaan hasad dan dengki.
Antara kelebihan-kelebihan orang yang berpurdah. :
- Pada hari kiamat , Allah sendiri yang akan menemui orang yang berpurdah.
- Di syurga Allah akan memberi 70x kali ganda kecantikan Laiba ( ketua bidadari )
- Allah akan meningkatkan Nur pada wajahnya 13x kali ganda daripada wajah aslinya. Subhanallah !
Subhanallah.. ! Begitu tinggi sekali darjat orang yang berpurdah. Semoga Allah memberi taufik dan hidayat kepada orang yang menulis dan membaca.
" Orang yang menulis , membaca tidak mendapat apa-apa kecuali orang yang mengamalkannya. "
! InsyaAllah !
Assalamualaikum = )
4 Pengomen Terhebat !!:
Selamat bermujahadah :D
Bagusnya.. Sejuk hati tengok orang berpurdah ni. Pernah teringin utk pakai, tapi masih terasa banyak perlu mujahadah, perbetul diri lagi. Doakan saya semoga iman selalu meningkat, walau jatuh dan jatuh lagi, ye? Amin.. Doakan jugak semoga satu hari nanti, sebelum saya x ada lg d dnia ni, saya mampu buat prubahan seperti ini, niat lillahitaala.. :)
Mana ada kolot la, cantik :)
Kadang-kadang, manusia suka berfikir menggunakan kepala lutut tanpa sedar. Mulut lancang berbicara tapi ilmu hampeh betul.
Biar orang pandang senget kat kita sebab bukan pandangn diaorang yang kita perlukan tapi Dia. Selamat bermujahadah Fatimah :)
May Allah bless us.
Post a Comment