Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak
menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama
Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya
Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba, si dia bangun
dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.
“abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di
hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak
jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin
dengan ustazah ini pun tak tahu lah.

Salah abahlah ni,
pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh
pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa
suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk
hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab
pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah
habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku
dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku
dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi,
abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni.
Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak
boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur.

Enjoylah
aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila.
Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh. “abang dengar tak?”. Macam
cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam
mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari
dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah
pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak.
Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri
bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.”
Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan
t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman
tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta
awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu.

Syahirah senyum.
“harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta –
hanya dengar radio – hot fm refleksi. Aiman dah tak tentu arah. Syahirah
yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik
ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam.
Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka
telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan
enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat
dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak
kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang
pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai
macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau
yang menilai itu Allah bukan manusia.

Kalau niat kita
kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam.
Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama.
“jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
_________________________________ Malam itu Aiman duduk di ruang tamu
menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat.
“solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.”
Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami
yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat.
Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku
jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam
fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen
di hadapannya itu di pandang kosong. Berubah? Teringat juga dia amaran
abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat
tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia
menangis.”

Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir
sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya.
“..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak
sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku
terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk.
Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia
senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya.
“cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat
macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba
pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara
Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak
reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa.
“salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut
dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk
di sebelahnya. Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang
pendiam.

Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah
mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria
dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada
apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima
lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam
sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk
dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan
lagi. Sebak tiba-tiba. Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak”
kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga
Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan
kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata
sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya.
“lelaki bising perempuan tak reti masak!

Habis, kalau
lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari
dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam
hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru
kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama
belajar masak.” “maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar
dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur
belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu
Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke
dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat
kening. Syahirah senyum. _____________________________________ “huish
masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu.
“abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa.
“okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..”
komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur
awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam
itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap
pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap. Ajak orang
pergi surau? Ajak isterinya?

Huh,sejak bila jadi geng
surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah !
_________________________________ “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang
baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?”
“saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia
cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga.
Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar
dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta. Senyum terukir apabila
melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz
kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah
hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama
pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri.
“Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.”
kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga
kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman
bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu.
Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak.

Aiman
duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah
mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman
tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan
kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan
ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin. Rasanya dia perlu
berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam
keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak
membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai
bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu
apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..”
lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam
tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya
itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman
memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di
situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul
sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya
kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
__________________________________ Sudah dua hari Aiman di pondok agama
itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa
lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai
solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya.
Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu.
Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke?
Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk
rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ”
Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah
kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?”
tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan
sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata
Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman
tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…”
Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang
sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum
tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam
Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur
sebelum tidur..”

Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga
pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?”
“..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap
perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni
last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai
syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak
senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi
Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya
siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman.
“waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman.

Terpegun
juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack
serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan). Wajah Aiman seolah ada
sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya.
“er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak
lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan
kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom
masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa
sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke
seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu kecil tetapi
sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa
selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu
pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia
duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman
merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah
dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron
baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni.
itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas
di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.”

Syahirah
senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih
lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak
best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual
mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah.
Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita
nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di
almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ ..
haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil
satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah
menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di
sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin
membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku
padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari
seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu
semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan
lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis
je

Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih
panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan
kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu.
Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan
spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.
Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau
hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman
tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia
menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba
mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah
bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..”
Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak
makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman. “Allah Bagi
Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat
dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah
Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.”

Syahirah
senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku
masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas
barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat
kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum
dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku
Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter
pertanyaan dalam kedai buku itu. “ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada
tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum
paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba,
Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?”
Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita
try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka
telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik.
“wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat
suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia
nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim
je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar
slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh.

Baju
dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah
S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat
dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik
untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(an-Nur’:26) “betul-betul.”
_________________________________________________ Aiman sibuk membuat
kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari
itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa
Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan
sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya
belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur
lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite
abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari
suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman
membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak
mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ –
isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di
perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman
mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di
sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.

Mungkin
penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja
make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan
sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu.
sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa
teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah
kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!”
tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak
menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak
cakap. Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau
melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal
lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak
fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini
tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan
semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah
nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “

Tercengang Aiman
mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah
tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari
pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi.
Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah
Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau
sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala
talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang
Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu
masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini
Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang
ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya
membawa kereta dia. _____________________________

“Along..
tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam
lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah,
sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang
iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali
tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman
mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata.
“..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur,
tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku
dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman
dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan
kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan
dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam
tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah
sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir
menarik tangan Syahirah.

Syahirah sedaya upaya menarik
kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi
suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau
ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba.
Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul
juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat
isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…”
sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya
izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman
jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat
menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya
dugaan-MU… Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat
rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas
dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya.
Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus
button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut
mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi
berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap.
“saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau
saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak
faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak

Syahirah berbicara
lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap.
“abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih
lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya.
Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong
jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu
rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas
yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke
meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..”
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih
dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih
baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta
tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.”
(Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang
betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah
juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan
senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua
orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa
saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta
petunjuk-NYA….

Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup
nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA
ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =) Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali
r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur
dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1)
Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian
yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali,
bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2)
Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka
bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat
Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu
duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.”
“dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman
sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet
sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota
kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah
bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah
meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian
walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api
neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita
sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia
tidak berjumpa dengan isterinya.

Tipu kalau dia kata dia
tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit
sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat
projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak
tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang
mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain… _________________________
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah. Aiman membaca message itu
dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice
dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas
(sms). Comel je isterinya itu merajuk. Waalaikumussalam, Alhamdulillah
sudah. – Aiman Lepas beberapa minit. Syarikat abang dah okay? –
Syahirah. Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman Solat Dhuha lah
abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan
berusaha Allah akan tolong. – Syahirah. Aiman senyum membaca message
itu. insyaALLAH. – Aiman. ____________________________________
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.
“waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak
terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email
kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah
baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam
berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman
membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah
university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya
Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu.
kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia
sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu.
Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Astarfiruallahalazim.
Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya
tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan
tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat
air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.”
mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan
uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi,
umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur
alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan
alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami
balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di
turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
_________________________________
“saya sayang abang.”
Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke
rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak
juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah
memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.
“thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.”
Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk
pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni,
abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara
je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan
mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah
berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita
suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam
itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin
lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya
yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri
penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati
mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah
yang tahu derita bahagia ini.
Aiman memandang Syahirah
sekilas. “sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah
terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?”
soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula
rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu.
Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu
makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba ,
Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah
selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.”
Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum.
“biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.”
Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak
serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di
kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas
je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba
melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak
tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu.
Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.
“abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik
Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat
Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka
matanya perlahan-lahan.

“hmm, kenapa sayang?” “abang,jom
buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman
duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.”
Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia
ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.” Sebelum
turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga
Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di
cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai
berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah.
“abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan
menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon
kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.”
Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf
tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga
semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk
dapat suami yang soleh.” Kata

Syahirah dan senyum. Aiman
hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah
geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.”
Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay,
saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.”
_____________________________ Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch
rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik
yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia
berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam
dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk
rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur.
Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat
Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau.

Aiman
cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah
menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang
membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan. ********** Aiman
terpisat-pisat bangun.

Kepalanya seakan sakit. Sewaktu
mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah.
Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah
yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman
mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman
tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak
dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..”
Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan
Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya
hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia
pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman
bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman
memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta
Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras
nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah
mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!!
Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa
yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan
isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh
tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah………
Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji
Amran senyum. “sabar

Aiman, kebenaran akan terungkap,
bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap.
Air matanya bergenang. Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?”
Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa
banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji
Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?”
mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan.
“abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa.
Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut
Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat…..
“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..”
Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja-
kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat
lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah.
Segala sesuatunya lebih baik.

Tampakanlah terhadap hal-hal
yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah
engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir
Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu
berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman
membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the
love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu
membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
________________________________ Belajar DIAM dari banyaknya BICARA
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji
Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..”
kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota
polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang
tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa
Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya
mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah
berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman
hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu.
Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital. Aiman
terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji
Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut
melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak
abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis.
Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf,
dia tak dapat di selamatkan.”

Lemah lutut Aiman dengar.
Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah
kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman
hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit!
Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat
sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas
itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!”
jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan
menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…”
tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan
ajalnya..” sebak Haji Amran. “tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman
mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu.
Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah.
Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click
sini =) “lagu apa?” “tajuknya
Cinta Kita nyanyian Teuku
Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang
terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..”
dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata
Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar
sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone
itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk
dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam
seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu
kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini….. Aiman menutup buku agama yang di
bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya
Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi
menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah
dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat.
Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan
orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan
tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk
membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi
Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya.

Kini,
dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman,
nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di
cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal
abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid.
Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
_________________________________ Aiman meletakkan kereta sportnya di
hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki
melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman
melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat
sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia
membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh
umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir
ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah
malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik
balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman
baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke
rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan
badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan
Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah
tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia.
Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di
lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman
bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap
bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan
tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan
menarik tangan Aiman agar mengikutinya. ______________________________

Lemah
lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat
mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato.
Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur
masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin
tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia
tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu
saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata
isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di
bawah rahmat-MU. Al-Fatihah. Assalammualaikum – alhamdulillah tamat
juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat.
Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan
dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia
sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang
bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi
ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di
iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau
akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita
berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau
neraka yang menanti. wallahua'lam...