Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Dah 9 Syawal 1434.. Dah nak balik dah.. Asrama dah panggil rumah kata pergi.. ( aik! rumah macam nak halau je.. )
Perempuan : sila bersikap seperti wanita kerana kamu akan mejadi seorang Isteri dan Ibu.
- Jaga pemakaian
- Jaga tingkahlaku
- Jaga pergaulan
- Jaga agama
- Jaga hati
Lelaki : sila bersikap seperti seorang pemimpin kerana kamu akan mejadi seorang Suami danBapa.
- Jaga pemakaian
- Jaga tingkahlaku
- Jaga pergaulan
- Jaga agama
- Jaga hati
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-II yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui orang-II yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-II yang dusta"
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah S.W.T mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
"Allah S.W.T tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
"Janganlah kamu bersikap lemah. Dan janganlah kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-II yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-II yang beriman."
"Wahai orang-II beriman ! Bersabarlah kamu segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-II yang berkerbajikan , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh , dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah S.W.T supaya kamu berjaya. Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahnyang sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-II yang khusyuk"
"Sesungguhnya Allah S.W.T telah membeli dari orang-II mukmin , diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"
"Cukuplah Allah S.W.T bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal .."
"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah S.W.T. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah S.W.T melainkan kaum yang kafir"
Rasulullah SAW: 'Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati , sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah. ' (Riwayat at-Tirmizi)
Copyright © 2012 Reserved to Fujiwara Asuka Design with love by Fatimah Azzarah