Saturday, November 01, 2014

Running Girl

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Apa khabar ? Saya nak cerita apa yang running girl sangat lah tuh.. Baru-baru ini Running Man datang malaysia .. betul tak ? hehe.. Memang kitaorang ada buat.. Tapi saja-saja.. Hilangkan boring dan tension sikit.. kita orang ni otak gila-gila sikit..

Ini pun ada kawan yang anjurkan.. Kalau tak , tak nak main.. sebab nak lancarkan mokhtar.. Tapi kesian sebab dia dah ajak sungguh-sungguhkan.. Mainlah.. Ini pemaiannya.. Memang kelakar..

Pengarah : Timot
Penolong Pengarah : Safiyah

Pemain undangan :

- Ardha
- Atikah / Aisyah
- Aisyah Umairah

Pemain Running Girl :

- Fai
- Zack
- Suria
- Tasya
- Atul
- Seb'ah
- Adik ( Atus )

Kitaorang ada 5 misi ..
Misi pertama kena cari pasangan dengan cara mengetuk pintu bilik air.. Saya duk dalam bilik air 2.. Pertama kali ketuk dah buat saya terkejut.. Kuat sangat ketuk..
Misi kedua kena dukung pasangan masing-masing dan jawab soalan.. Tuh saya gelak.. Memang teringat sampai sekarang.. Tak tahularh.. Pasangan saya nak dukung saya ataupun saya dukung dia.. Kali pertama main dah kalah sebab saya dukung dia.. Memang gelak.. dah dukung saya jatuhkan sebab tak tahan.. Bukan tak tahan berat , tapi tak tahan nak ketawa.. Malu sangat !! Kali kedua dia dukung saya.. Tuh pun lagilarh saya malu..
Misi ketiga kena teka apa yang kita rasa.. Tuh senang dan kenyang perut..
Misi keempat bernafas dalam air sambil cari barang.. Sorang bernafas dalam air dan sorang lagi cari barang..  Misi keempat dipanggil ' Tak larat , angkat .. '
Misi kelima cari siapa helang.. dan cabut nama.. Ada dua kumpulan .. Purple dan Pink.. Tuh mencabar.. Akhir sekali dalam kumpulan saya tinggal sorang.. Dah lah takut.. Kumpulan pink ada lagi 3.. Yang helang ada dekat kumpulan pink.. saya takut sangat sampai macam nak nangis...saya dah lari dulu..takut sangat.. akhir sekali saya sandar kat dinding .. kumpulan lawan ada dekat depan tepi dan tepi kanan saya.. saya nak menjerit !! saya pusing dan cuba nak tarik nama ardha tapi nama saya ditarik oleh Aisyah dan saya saya menarik 2 nama sekali gus iaitu aisyah dan ardha.. dan pemenangnya ialah Atul... Tapi tak per.. tak kesah pun.. just main2 jer..

Yang sebenar pemain yang betul-betul ada 8 orang jer.. Kitaorang pilih dari segi ...... rahsia.. Tapi memang kita orang tak pilih kalo orang tuh jenis dia moody... Ini nama pemain tetap dan sorang lagi adalah TIMOT !!




Tuh jer.. maaflah kalo tak berapa faham.. Dan maaf..
Salam 09 Muharam dari saya..

Friday, June 13, 2014

Majlis Qari Yasin

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Apa khabar ? masa hari tuh sekolah saya ada buat majlis lilitan serban dan kedatangan qari yasin dari pakistan. Mudir saya punya ustazlah senang cite.. Majlis ini di hadiri oleh Qari Yasin dan Ustanniji serta beberapa orang lagi.. tak kenal..

Lilitan serban untuk pelajar banin.. Untuk pelajar banat ialah Ustanniji akan lilitkan selendang kepada semua pelajar syahadah.. Bestnya.. Cemburu saya.. doakan saya cepat khatam dan syahadah tahun 2015.. Jom tengok aturcara :-

5. 00 ptg :- kedatangan ibu-ibu
5. 30 ptg :- ucapan alu-aluan daripada pengerusi
               :-Bacaan al-quran
               :- nasyid
               :- bacaan hadith
6. 00 ptg :- Bayan dari lelaki
7. 00 mlm :- Persiapan marghib
7. 45 mlm :- Bayan dari Ustanniji ( isteri Qari Yasin )
8. 45 mlm :- Penyampain ijazah dan sijil
9. 15 mlm :- Solat , makan dan bersurai.

Seronoknya! Dia orang yang dapat hadiah .. dapat hadiah niqab untuk orang yang dapat no.1 .. Nasyid terbahagi 2 kumpulan .. 1 kumpulan kecik nasyid ' lagu erti al-fatihah ' kumpulan besar pulak ' tawas salna bibismillah ' dan ' ya badrotim ' .. semua nasyid ustazah pilih saya.. pelik gak..

Keputusan imtihan saya teruk kali ni.. Menjunam turun.. dulu peratus 96% sekarang 83%.. terkejut beruk !
Al-Quran low !.. bukan saya orang pertama kena imtihan.. saya nie takut , gementar semua ada.. bila dia tebuk jer semua dah tak ingat,. Paling saya terkejut surah Waqiah saya tak dapat jawab.. Bila dah habis saya cuba ulang balik.. Alhamdulilah ! Dapat.. saya redho..

Saya kategori 1-10 juzu'.. saya dapat no.3 .. hehe.. saya redho dengan apa yang ditentukan oleh Allah..  mungkin usaha saya tak banyak.. mungkin sombong pada ilmu kononnya senang kot.. Entahlah.. mungkin ada orang tak suka dengan perangai saya.. Apapun thanks pada yang telah menyokong saya..

Lepas tuh sebelum kita orang balik ustaz tanya ' sapew nak syahadah tahun depan ? ' ramai gaklah yang angkat tangan.. ustaz kata ' amik nama diaorang nak bagi kat qari yasin supaya doakan kami ' Kawan-kawan saya kata doa qari yasin termakbul kerana beliau orang dekat dengan Allah..  Doakan kitaorang ! =) Salam nifsu syaaban

Terima Kasih

Sunday, May 04, 2014

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia 

Hari ini korang apa khabar ? semoga sihat dan dirahmati Allah.. Salam bulan rejab .. lagi 2 bulan kita nak puasa kan ?? Persediaan korang ? Minggu ini ialah minggu last saya outing sebab nak dekat periksa dengan isteri Qari Yasin.. So , saya nak sharelah 1 benda ini. Semoga ia memberi manfaat kepada kamu semua dan saya.. = )

13 PERKARA YANG WAJIB DIJAGA OLEH WANITA.

1. Bulu kening.2. Kaki dan semacam hantu loceng.3. Wangi-wangian.4. Dada..5. Gigi..6. Muka dan leher.7. Pakaian yang nipis (jarang)8. Tangan.9. Mata..10. Mulut (suara).11. Kemaluan..12. Pakaian..13. Rambut..

13 PERKARA YANG WAJIB DIJAGA OLEH WANITA.

(Kuliah Maghrib Ustaz Mohd Hanif)

1. Bulu kening.

Menurut Imam Bukhari,Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng.

Dan janganlah mereka (perempuan)membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.

3. Wangi-wangian.

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya,maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada..

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikandari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi..

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik,yang merubah ciptaan ALLAH.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher.
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.

Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang)

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan.

Sesungguhnya kepala yang di tusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata..

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW,Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara).

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain,iaitu.kepala mereka di lalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka ALLAH akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan..

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikandari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu,puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis RiwayatRiwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan ALLAH.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian..

Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata,maka ALLAH akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad,Abu D,An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59..Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali,Lantaran itu mereka tidak diganggu.

ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat,mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat.Bukhari dan Muslim)

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka.bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut..

Wahai anakku Fatimah! Adapun.perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu.menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda:Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Sohih Muslim No.4921)

Semoga ALLAH memelihara saya serta semua wanita di dunia ini daripada dihumbankan ke dalam api Neraka………Aamiin Ya Robbal'alamin

Saturday, September 21, 2013

Ilmu Itu Pelita Hidup

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Balik bermalam.. Sekejap je.. Esok balik asrama balik. Jomlah tengok apa yang saya nak tulis kali ini.. 


Friday, August 16, 2013

Wanita Solehah

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Dah 9 Syawal 1434.. Dah nak balik dah.. Asrama dah panggil rumah kata pergi.. ( aik! rumah macam nak halau je.. )


Thursday, August 15, 2013

Memories beraya bersama kawan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Ehem-ehem.. Macam mana raya ok ? Lagi berapa hari sahaja saya nak balik asrama.. Aduhh!! Malasnya tahap gaban..  Ok , pada hari Selasa jam 2 petang , saya dan kawan-kawan sekolah rendah pergi beraya ar.. Sebenarnya malu gak nak jumpa kawan-kawan. Tapi sebab rindu , pergi jugalah.. kuikui.. Diaorang kata saper yang join ni tak matang lagi.. gelak tergolek je..

First kitaorang makan dekat rumah wafii.. sedap makanan mak dia.. nasi ayam,.memandangkan kitaorang ni pemalu , so , makanlah sikit..  malu tapi kumahu..


Ini Elyu..dia sporting sangat ar dengan kitaorang.. Sampaikan dia ...... aduh ! tak bolehlah nak sambung takut dia marah.. hehe


Atikah , Nabilah.. Mereka ialah kawan baik saya. Atikah sekolah dekat SMK Tun Perak dan Nabilah SMKA Syarifah Rodziah..


Amboi Ana , pandang apa tuh sampai tersenyum-senyum ?


Sowey..gambar senget.. sila sengetkan kepala anda.. Shuhadah..





Shuhadah , Hasanah , Elyu , Nabilah , Tizah




Promosikan kuih raya makcik ??






Semoga persahabatan kekal terjalin.. Salam Ukhuwah.. 

Wednesday, August 14, 2013

Next Design Done ! Header Hasanah Johari

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulilah, dengan rahmat-NYA dapat saya bernafas sambil menaip.  Sebenarnya tempahan ni 2 hari yang lepas siap ! Tapi malas nak bagitahu kot. Al-maklumlah malas nak taip. Ok mari kita tengok ciri-ciri tempahan.Jangan risau , semua tempahan saya hanya menggunakan photoshop cs5 dan photoscape sahaja. :)

Nama Blog : Hasanah Johari
Warna : Pink

Dan hasil yang amat memuaskan. Saya rasa cantikkan header ni ? Alhamdulilah ! Customer suka ! Ouh! Sukanya saya. Terima kasih kakak !


Ok tak ?  Dia juga meminta supaya pasangkan header kedalam blog dia. Pasang ialah percuma.. Ingin memiliki ? Tempahan Blog

! Terima Kasih ! 


Monday, August 12, 2013

Berpurdah dianggap kolot ?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Apa khabar ? Sihat ? Dah top up pahala ?? Mesti korang tertanya-tanya kenapa pulak saya nak buat entri pasal ini ? Berlagak baiklah. Suka hatilah.. Jom kita renungkan.. dan selamat beramal.. = )
Ramai orang kata berpurdah itu menyusahkan. Antaralah yang selalu saya dengaar orang kata tentang pemakaian orang yang berpurdah.. = ) 


  1. " Dia pakai purdah sebab muka dia ada jerawat kot. "
  2. " Dia pakai purdah sebab dia takut muka dia kena debu.. "
  3. " Muka dia teruk itu. "
  4. " Berpurdah tak boleh nak fesyen.. "
Ini semua bukan sebab kenapa orang berpurdah pakai. Tetapi untuk mengelak daripada fitnah yang terjadi pada zaman sekarang. Tengok kan ? Sekarang kita tengok ramai orang dah  bertudung dan ada yang dah berpurdahkan ? Alhamdulilah ! 

Kenapa kamu berpurdah ? Ikhlas tak ? Ada yang sanggup mengatakan purdah itu kolot. Jangan ! kata begitu kerana ia adalah pakaian isteri Nabi.  ( insaflah orang yang berkata begitu. ) Sebelum awak nak berniqab atau berpurdah , awak fikir niat awak itu dulu.. 

Sebenarnya kenapa kita berpurdah ?? 

  1. Mungkin nak tunjuk kat orang lain..
  2. Nak tawan hati jejaka idaman ( ceh! haha )
  3. Mungkin nak dianggap sebagai wanita yang sempurna, cantik..
Andaikata ada salah satu jawapan diatas , saya ucapkan setinggi-tinggi syabas kerana nafsu telah berjaya menumpaskan iman anda ! 

Pemakaian purdah sebenarnya ingin menutup fitnah. Sekalipun berpurdah bukan ikhlas kerana Allah , sia-sia sahaja kerana penat , panas ! betul kan ?


Allah tak menilai luaran, Allah menilai dalaman kita, hati kita. Adakah hati kita sudah cukup bersih untuk bergelar sebagai seorang yang beriman, seorang yang solehah? Kalau awak tak boleh tengok orang lain bahagia, kalau awak selalu cemburukan kejayaan orang lain, itu beriman ke? Dalam diam, awak dengki tapi bila depan orang tu, awak berpura-pura baik. Kan dah tergolong dalam golongan munafik tu? Ee, taknaklah jadi orang munafik, hipokrit. Allah sangat melaknat orang-orang munafik ni. Jom kita sama-sama istighfar sepanjang masa untuk bersihkan hati kita ni dari perasaan hasad dan dengki.

Antara kelebihan-kelebihan orang yang berpurdah. :

  1. Pada hari kiamat , Allah sendiri yang akan menemui orang yang berpurdah.
  2. Di syurga Allah akan memberi 70x kali ganda kecantikan Laiba ( ketua bidadari )
  3. Allah akan meningkatkan Nur pada wajahnya 13x kali ganda daripada wajah aslinya. Subhanallah !
Subhanallah.. ! Begitu tinggi sekali darjat orang yang berpurdah. Semoga Allah memberi taufik dan hidayat kepada orang yang menulis dan membaca. 

" Orang yang menulis , membaca tidak mendapat apa-apa kecuali orang yang mengamalkannya. "
! InsyaAllah ! 


 Assalamualaikum = )

Saturday, June 08, 2013

Jom Ex-Changed Banner !

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia



Nak Ex-changed ?

1. Bagitahu di Komen.
2. Pastikan letak banner saya dahulu baru saya letak banner awak. = ) 

Kenapa banner saya tak ada ?

1. Sebab saya tak jumpa banner awak.
2. Sebab bila saya bukak blog awak mungkin dah delete.
3. Sebab tak dapat bukak blog awak
4. Sebab awak bagi salah link.

Jom Ex-Changed Link !

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Masukkan link blog serta nama anda  untuk tujuan blogwalking bersama ! = )


Sunday, April 28, 2013

Al-Fatihah Buat Arwah Nenek

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Setiap yang bernyawa akan merasai kematian.. 

Apa khabar ? Lamakan saya tak updated blog.. Saya tak ada masa. Al-Fatihah untuk arwah nenek saya semoga ditempatkan di tempat yang mulia. 

Pemergiannya amat mengejutkan saya. Pada waktu itu saya berada di asrama. Pada waktu itu saya dan kawan tengah duduk untuk tunggu solat. Tiba-tiba Kak Halimah bagitahu perhatian di minta lepas solat isyak kita sedekah Yassin untuk nenek Fatimah. Saya terkejut, Hati pula macam-macam fikir. Kenapa ?? 

Mudirah kata , siap jap lagi abang ipar awak amik dalam jam 10.00 malam. Aik ! kenapa balik mengejut ? Selalunya diaorang kata kalo balik mengejut ada sebab. Saya pun siaplah.. Seorang sahabat temankan saya. Saya menangis. Kenapa ? Jam 10.15 malam abang ipar saya sampai. Saya pun baliklah. Saya tanya kenapa ? Pastu dia jawab : tak suka ke balik ? Pastu dia ajak makan burgerlah dan tanya. Hati saya tak tertanya-tanya lagi..

Balik kat rumah akak saya kata ' makwe dah meninggal magrib tadi ' saya terkejut. Hah ? Biar betul ! Tak percaya. So , saya pun pergi rumah mak sedara yang terletak beberapa lorong.  Saya pun pelik , mak sedara nangis. Pastu saya tengoklah yang ada kat atas katil. Rupa-rupa memang real lagi bersuluh nenek saya. Saya hanya bertahan nangis.. 

Tarikh meninggal : 27 / 04 / 2013 - Sabtu - 7.30 malam. 

Besoknya menantu , anak , cucu mandikan nenek. Saya tengok dan cuba tak menangis. Tapi hati ? entah lah.. Saya tengok orang kafankan nenek. Sayu je. Suci je nenek. Menangis saya. masa nak cium sejuk sangat badan nenek. Nenek pakai telekung semualah.. Masa nak angkat jenazah pergi ke surau . Saya ikut. Masa itu hujan. Bila teringat kenangan terasa sedih. 

Ustaz talkinkan jenazah dekat kubur. Saya dengar. Al-Fatihah kepada nenek saya. Maaf jikalau saya ada buat salah dan silap. = )

Macam mana raya tahun ini tanpa nenek ? entah. 

Selamat bersekolah , semoga saya dapat tabahkan diri.. ~ Al-Fatihah ~

Monday, December 31, 2012

Freebies : Header I'm Student

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Ok ! Header untuk korang yang nak masuk ke alam persekolahan.. Gud luck eh ! = ) Tajuk header ialah I'm student.. Selamat belajar

INFO : 

- Width ialah 900px
- 12 warna yang berbeza 
- Klik header > SAVE !















EXTRA


Buruk kan ? Tak cantik kan ?? Huhuu.. Tinggalkan komen sebelum ambil ! Amaran keras ! 



Sunday, December 30, 2012

Freebies : Ribbon On Top Blog ( Part 2 )


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia



http://dl2.glitter-graphics.net/pub/1087/1087082tej9b98e40.gif

http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1087/1087026bzrlvtn9x3.gif

http://dl3.glitter-graphics.net/pub/1087/1087023ofs022mye6.gif

http://dl7.glitter-graphics.net/pub/1087/1087047y26m83q7ng.gif

http://dl9.glitter-graphics.net/pub/642/642439xkko7838vj.jpg


http://dl5.glitter-graphics.net/pub/730/730725lt8ut18wcl.gif

http://dl6.glitter-graphics.net/pub/989/989166awa8yrlr89.gif

http://dl7.glitter-graphics.net/pub/989/989177mz5smjyi38.gif

http://dl10.glitter-graphics.net/pub/989/989200szzhrc8s9l.gif


 Credit : Sis

Freebies : Ribbon On Top Blog ( Part 1 )

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia



http://dl.glitter-graphics.net/pub/1087/1087061j1cvsh0cs2.gif

http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1087/1087056hfwolhe7y9.gif

http://dl7.glitter-graphics.net/pub/1273/1273437si5reip6zm.gif

http://dl2.glitter-graphics.net/pub/1087/1087052xrilq06lz1.gif

http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1141/1141435ub67iwt2bk.gif

http://dl9.glitter-graphics.net/pub/1216/1216349wa121iy2jd.gif
Credit : Sis

 

Copyright © 2012 Reserved to Fujiwara Asuka Design with love by Fatimah Azzarah